Monday, May 21, 2012

Petua Untuk Ibu Mudah Bersalin



Pilihan 1: Semasa kandungan anda berusia 6 bulan, amalkan meminum minyak tanak. Minyak tanak adalah santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak. Minum sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Apabila kandungan mencapai 9 bulan, amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh.

Pilihan 2: Bagi memudahkan anda bersalin, telan sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi, seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.

Pilihan 3: Ambil seluruh pokok keladi kemoyang (lihat gambar yang dipaparkan), termasuk daun dan akarnya sekali. Bersihkan dan kemudian rebus pokok keladi kemoyang sampai mendidih. Amalkan meminum air rebusan keladi kemoyang setiap hari, bermula dari beberapa minggu sebelum tarikh bersalin. Amalan ini dikatakan boleh membantu melancarkan proses melahirkan bayi, di mana si ibu tidak perlu terlalu meneran semasa bersalin kelak. 

No comments:

Post a Comment