Tuesday, August 24, 2010

SUdah setahun ku meninggalkan ALAM BLOGER INI

Apabila aku melihat blog aku..
baru aku perasan sudah setahun lamanye aku tidak "mengupadate"blog aku ini...
kerana post terakhir aku adalah berkisar mengenai sambutan ramadhan pertama aku sebagai ibu & isteri....
dan kini..ketika aku mengupdate blog adalah dibulan ramadhan setahun selepasnya....

Baru kini aku berpeluang untuk mengfokuskan diri aku untuk "mengupdate" kisah-kisah aku setelah setahun menyepi dr dunia blogger....

nantikan kemunculan cerita2 terkini aku....
:-D

Alhamdulillah..aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih bernafas di bumi yang nyata ini...bersama keluarga2 anak & teman,.,,,

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat berpose kepada seluruh umat islam di muka bumi ini..semoga ramadhan kali ini di berkati dan penuh makna.....

RAMADHAN.

Ramadhan kali ini buat pertama kali nye jugak aku dapat berpuasa bersama suami & anakku Farisya Nadhirah....sebelum ini hubby ku berpuasa bersendirian di penang...manakala aku & farsiya di kuala lumpur......

Tetapi kali ini setelah aku berpindah kesini lebih kurang 8 bulan yang lalu...aku dapat menjalankan ibadah puasa bersama suami & anak tersayang yg kini genap berusia SETAHUN
(walaupon dia x berpuasa lagi :-D)

KEHIDUPAN DI BULAN RAMADHAN

Kehidupan aku sepanjang ramadhan ini juga berbeza sekali berbanding ramadhan sebelum nye....

sebagai isteri aku bertanggungjawab menjaga makan minum hubby ku....so dengan secara sukarelanya aku akan bagun seawal pukul 4.00pagi untuk memasak juadah sahur untuk hubby ku.....sesungguhnya sahur amatlah di galakkan ketika bulan puasa.....

Baru kini aku sedar bahawa bukan senang untuk menjadi isteri & Ibu.....
seperti ibuku dulu...terpaksa bersengkang mata bangun seawal pagi untuk menyediakan makanan sahur untuk kami..begitu jugalah apa yang aku rasakan sekarang...sesungguhnya pengalaman ini adalah yang istimewa bagiku.....kerna kami dapat menjalankan suruhan allah & rukun islam ke-3 ini bersama - sama......tetapi yang amat menguji keimana aku...apabila farisya juga turut bangun ketika kami bersahur,.,..ketika akau hendak memasak dia juga turut dtg ke dapur....bile time makan....huuurmmm dia pon mkn jugak macam kami..takpalah syg mmy...makan je lah apa yang ada yer...

Untuk berbuka pula aku hanya beli di pasar ramadhan berdekatan sahaja memandang kan aku bekerja & tidak mempunyai masa untuk memasak juadah berbuka puasa......ini adalah routine yg biasa bagi ibu2 yang bekerja....

MASIH ADA KERINDUAN

Walaupon dekat bersama suami & anak tetapi masih ada kerinduan kepada keluarga tersayang...
diwaktu bulan puasalah kami dapat berkumpul & makan bersama-sama satu meja untuk bersahur & berbuka puasa....ketika itu bermacam ragam kami adik beradik dikala bersahur....ada yang x boleh buka mata untuk makan sahur terutama adik aku yang bongsu (Adeq Kimy)...tetapi bila tiba waktu berbuka dialah orang pertama yang duduk di meja makan menunggu waktu berbuka,.....kalau di pikirkan seronok sangat menjalankan ibadah puasa bersama keluarga...
di bulan ini lah...bermacam-macam juadah dapat di perolehi......sementara juadah itu sukar di dapati pada waktu & bulan2 yang lain...
yang seronoknya kami adik beradik akan meminta ibuku..memasak juadah kesukaan masing-masing ketika bersahur @ berbuka...

tapi apakan daya itu adalah kenangan dizaman aku masih anak dara & bujang....
tapi kini sebagai isteri tangungjawabku adalah pada suami & anak...
kepada suamiku Faizal Ashraf Ali...sama2 lah kite manjalankan ibadah ini dengan kesabaran & penuh taqwa...amin...






No comments:

Post a Comment